26 September 2013. Satu Taklimat Refresh Perintah Kehadiran Wajib (PKW) kepada 15 pegawai mahkamah Negeri Pahang yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Negeri Pahang yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Intan, Kompleks Mahkamah Kuantan. Taklimat telah disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti. Taklimat diadakan bagi memberi penjelasan situasi semasa PKW serta peranan pihak-pihak yang berkaitan dalam menjayakan perlaksanaannya. Turut hadir semasa sesi taklimat ini ialah YBhg. Dato' Zainal Abidin bin Kamarudin, Pengarah Mahkamah Negeri Pahang, PP Tey Hock Soon, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya serta peguam-peguam dari sekitar Daerah Kuantan.
""