24 September 2013, Penjara Taiping telah menerima kunjungan daripada Perak Discharged Prisoner's Aid Society (DPAS Perak) . Rombongan seramai 8 orang ahli yang diketuai oleh En. Soo Lai Kwok telah disambut oleh PKK Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Taiping serta pegawai dan anggota Penjara Taiping.Tujuan kujungan adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi program serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ke atas penghuni. Dalam sesi lawatan tersebut pihak DPAS Perak telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM1,000.00 untuk program kebajikan penghuni.
""