Pada 26 hingga 29 September 2013 berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Bangi. Konvensyen kali ini melibatkan 26 kumpulan daripada Agensi/ Jabatan di bawah KDN. 6 kumpulan daripada Jabatan Penjara Malaysia telah mewakili konvesyen tersebut iaitu 3 dari kategori teknikal dan 3 dari kategori pengurusan.
KATEGORI | INSTITUSI / KUMPULAN | TAJUK |
Teknikal | Sekolah Henry Gurney Keningau (Kristal) | Limpahan Sisa Kumbahan Punca Berbau Busuk |
Parol Negeri Kelantan (Merpati) |
Kelewatan Menyiapkan Kerja Memotong Dahan Pokok | |
Pusat Koreksional Dungun (Steel) |
Kaedah Peralatan Pencegahan dan Kawalan Rusuhan Kurang Efektif | |
Pengurusan | Sekolah Henry Gurney Teluk Mas (Inspira) | Pencapaian Subjek Sains Kurang Memuaskan |
Akademi Koreksional Malaysia (Mahogany) | Pengurusan Maklumat Kehadiran Peserta Kursus Tidak Sistematik | |
Penjara Tapah (Palm-Pri) |
Kelewatan Mengesan Banduan Celaru Mental di Penjara Tapah |
Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil pada 29 September 2013 telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato? Daud bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri. Keputusan Konvensyen akan diumumkan pada November 2013 sempena Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri.
""