Majlis serah terima tugas Pengarah Penjara Pokok Sena di antara TKPj Tan Tian Heng yang akan bertukar ke Penjara Simpang Renggam dengan TKPj Haji Kushairi bin Manap telah diadakan pada 30 September 2013. Majlis telah diadakan di Dataran Setia, Penjara Pokok Sena dengan disaksikan oleh KPj Haji Abdul Wahab bin Kassim, Pengarah Penjara Kajang. Majlis dimulai dengan TKPj Tan Tian Heng menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku. Selepas upacara membawa masuk tongkat kuasa majlis dilangsungkan dengan upacara menandatangani nota serah tugas. Seterusnya TKPj Haji Kushairi bin Manap menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan suku dan menyampaikan ucaptama beliau sebagai Pengarah Penjara Pokok Sena yang baru.
""