30 September 2013 - Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah menerima kunjungan silaturrahim dari Kedutaan Besar Republik Indonesia. Seramai 5 orang wakil kedutaan iaitu Yang berusaha, Bapak Akhmad D.H. Irfan, Minister Counsellor Pensosbud, Dino Nurwahyudin, Rais Ponda, Werry Kusyanto, dan Normalinda Nek telah disambut oleh PP Wan Sani bin Ab. Latiff, Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan pegawai-pegawai kanan. Program ini telah melibatkan seramai ( 43 ) orang penghuni lelaki dan ( 7 ) orang penghuni wanita telah menerima sumbangan wang sebanyak RM 70.00 seorang untuk membeli barang keperluan.
""