1 Oktober 2013, Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Ybhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Lawatan kerja ini turut dihadiri oleh TKPj Nordin bin Hj. Muhamad Pengarah Bahagian Pembagunan Profesionalisme,TKPj Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak Pengarah Penjara Bentong, PKP Abu Hasan Bin Hussain Penjara Alor Setar , PP Sabu Bin Hassan Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah serta Semua Pegawai Parol Daerah Negeri Kedah. Aturcara dimulakan dengan taklimat oleh Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah, seterusnya sesi dialog dan ramah mesra bersama YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar.
""