26 September 2013 Bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Penjara Sabah telah berlangsung Majlis Penyerahan Laptop 1 Malaysia Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Pada majlis tersebut En. Jusli bin Elis, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah telah berbesar hati menyerahkan sebanyak 505 buah Laptop 1 Malaysia untuk diedarkan kepada semua kakitangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu. TKPj Ab Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah telah menerima sumbangan tersebut bagi mewakili semua kakitangan Kompleks Penjara Kota Kinabalu.
""