Pada 4 - 6 Oktober 2013 telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2013 yang dikelola oleh Penjara Reman Johor Bahru. Kejohanan ini telah diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang dan juga di Dewan Serbaguna Taman Mawar Pasir Gudang, Johor yang telah disertai oleh 12 pasukan.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon merangkap Naib Yang DiPertuan 1 Majlis Sukan Penjara Malaysia. Pasukan Selangor 'C' telah muncul sebagai Johan kejohanan ini sementara Pasukan Kedah 'B' Naib Johan manakala tempat ketiga bersama adalah Pasukan Melaka dan Pasukan Kelantan 'A'. Penjaring terbanyak kejohanan ini adalah KIP Zilawati bte Ab. Jalil dari Pasukan Selangor 'C' dan pemain terbaik kejohanan adalah WP 14243 Zura bte Omar juga dari Pasukan Selangor 'C'.
""