| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Hidup Sihat Bersama Komuniti

Pada 5 Oktober 2013, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor telah mengadakan Program Hidup Sihat bersama Komuniti yang dikelolakan oleh Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Tinggi.


Program ini telah dirasmikan oleh PP Hj Abd Jalil bin Abd Majid, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Johor yang turut melibatkan Pusat Kehadiran Wajib (PKW) seluruh negeri Johor, NGO, kakitangan Parol negeri Johor dan Orang Di Parol (ODP). Antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan boling, edaran brosur / risalah parol dan perintah kerja wajib serta ceramah pendidikan komuniti yang disampaikan oleh PPD Kota Tinggi KIP Naim bin Suradi.


Program ini secara keseluruhannya telah dapat mencapai matlamatnya iaitu untuk mendekatkan Parol dan Perkhidmatan Komuniti seterusnya meningkatkan kemahiran sosial dikalangan ODP, PKW dan kakitangan Parol di dalam masyarakat komuniti setempat.

 

""