Rabu : 09 Oktober 2013, Ujian Kelayakan Khas (Flexible Entry Test) Open Universiti Malaysia (OUM) melibatkan 15 orang penghuni yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda di OUM telah diadakan di Sekolah Integriti Kota Kinabalu. Encik Lamjin bin Atoh, Pengarah Open Universiti Malaysia (OUM) Sabah, bersama dua orang kakitangan OUM turut hadir mengendalikan ujian tersebut dengan dibantu oleh Pn Nasimah binti Mohamed Salleh, Penyelia Sekolah Integriti Kota Kinabalu bersama Cikgu Daniel Nicholas Yap, Penyelaras OUM bagi Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""