Pada 5 Oktober 2013 telah berlansung Istiadat Perbarisan sempena Hari Jadi rasmi ke 60 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah tahun 2013 bertempat di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah. Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sabah telah menghantar seramai 36 kakitangan dalam perbarisan tersebut. Kontinjen kali ini diketuai oleh Inspektor Penjara Saifuladli bin Awang sebagai ketua perbarisan. Acara perbarisan dan rapat raksasa telah membabitkan sebanyak 134 kontijen terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, NGO serta para pelajar Intitut Pengajian tinggi awam dan swasta.
""