| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Y.Bhg. Dato' Haji Wan Ali Bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri Ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

17 Oktober 2013, Y.Bhg. Dato' Haji Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan bersama Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Lawatan turut diiringi oleh TKPj. Haji Nordin bin Mohamad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, PKK Haji Zawari bin Abd Rashid, Pengarah Pusat Koreksional Machang, Kelantan dan PP Mat bin Yaacob, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kelantan.


Ketibaan Y. Bhg. Dato' Haji Wan Ali bin Besar, Timbalan Ketua Setiusaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri bersama Y. Bhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah disambut oleh PKK Hj. Zawari bin Abd Rashid, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan dan Pegawai-pegawai Kanan. Y.Bhg.Timbalan Ketua Setiausaha seterusnya mengadakan sesi lawatan ke bengkel-bengkel dan juga ke Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

 

""