| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Selatan Tahun 2013 Kerjasama Di Antara Penjara Simpang Renggam Dan Universiti Tun Hussain Onn (UTHM), Johor

Bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diadakan Program Mesej Dari Penjara Peringkat Zon Selatan pada 19.10.2013. Program ini adalah kerjasama di antara Penjara Simpang Renggam dengan UTHM yang telah dihadiri seramai 700 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah, siswa dan siswi dari UTHM, Imigresen, RELA,  kakitangan Parol dan Penjara Zon Selatan.

Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan daripada Timbalan Komisioner Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor dan seterusnya ucapan perasmian program oleh Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF). Sesi forum yang bertajuk ?Hidup Bahagia Tanpa Jenayah? telah dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Ahmad bin Esa dari UTHM. Ahli panel forum adalah Timbalan Komisioner Haji Darussalam bin Haji Budin, Master Saiful Haniruzzaman bin Mohd Hazir (MCPF) dan Supt. Lutfi Ismail bin Abdullah, PDRM Johor.


Turut hadir pada program tersebut adalah Komisioner Jamaludin bin Saad, Pengarah  Pengurusan Banduan,Jabatan Penjara Malaysia, YBhg. Profesor Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Pengarah-pengarah Penjara Zon Selatan dan wakil dari KDN.


Program ini juga turut diisi dengan ceramah daripada bekas tahanan Ordinan Darurat iaitu En.Razali bin Ismail dan persembahan nyanyian daripada banduan Penjara Kluang iaitu En. Wan Aminuddin bin Wan Ismail (AMENG). Disamping itu juga para peserta yang hadir dapat menyaksikan pameran daripada pihak Penjara Simpang.

 

""