Lawatan audit pemantauan daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) oleh Tuan Haji Omar bin Othman untuk Persijilan Amalan Berkualiti Persekitaran 5S Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi persijilan kali ke-3 telah diadakan pada 22 Oktober 2013. Aturcara bermula dengan Mesyuarat Pembukaan dan Penutupan yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Pengarah Dasar Kepenjaraan. Audit Pemantauan melibatkan Audit Dokumentasi jawatankuasa dan lawatan zon-zon. Mesyuarat penutupan telah dibentangkan oleh Tuan Haji Omar bin Othman menerusi penemuan hasil audit dan pengesyoran persijilan Amalan Berkualiti bagi Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi tahun 2013/2014.
""