| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Jabatan Penjara Malaysia Ke Lembaga Pemasyarakatan Palembang, Indonesia

Seksyen Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia  telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Lembaga Pemasyarakatan Klas I dan Klas II Wanita  (LAPAS) Palembang, Indonesia pada 18 hingga 21 Oktober  2013. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg.TKJP Dato' Haji Hassan Bin Sakimon,Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional)  beserta 28 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan pegawai unit Vokasional dan Industri Jabatan Penjara Malaysia.
Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Palembang telah disambut oleh Bp Budi Sulaksana, Kepala Kantor Wilayah Selatan bersama Bp. Drs. Subiyantoro, Kepala Divisi Pemasyarakatan beserta Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Penjara Palembang. Objektif lawatan bertujuan untuk memberi dimensi baru dalam perusahaan tenun dan batik selain meningkatkan kualiti produk fabrik yang dihasilkan  untuk pasaran secara meluas.


Sepanjang lawatan rombongan telah di bawa melawat ke beberapa tempat tarikan di Palembang antaranya Perusahaan kerajinan Songket Zainal , lawatan bersejarah di  Pulau Kemaro, Pusat jualan kaftan di Ramayana dan Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II.

 

""