Satu Taklimat Perintah Kehadiran Wajib (PKW) kepada 30 pegawai mahkamah Negeri Melaka yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret di seluruh Negeri Melaka telah diadakan pada 25 September 2013. di Kompleks Mahkamah Melaka. Taklimat telah disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Taklimat diadakan bagi memberi penjelasan situasi semasa PKW serta peranan pihak-pihak yang berkaitan dalam menjayakan perlaksanaannya. Turut hadir semasa sesi taklimat ini ialah Yg. Arif. Ahmad Kamal bin Jamaludin, Pengarah Mahkamah Negeri Melaka, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya serta pengamal Undang-undang dari seluruh Negeri Melaka.
""