KAJANG, 31 OKT - Penjara Kajang, Selangor telah mengadakan Audit Persijilan Semula 5S yang melibatkan 4 zon utama iaitu Zon Kenari (Pejabat Urusetia,Pejabat Pentadbiran, Pejabat Kewangan, Pejabat Pembangunan, Pejabat Perusahaan), Zon Exora (Tempat Lawatan, Pejabat Khidmat Pelanggan), Zon Wira (Pejabat Kenderaan) dan Zon Myvi (Rawatan & Pemulihan Dadah RPD). Audit Persijilan Semula 5S di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah PKP Husin Bin Hj Johari. Wakil dari Malaysia Productivity Corporation MPC En. Muhammad Bin Omar selaku Panel Audit Persijilan Semula 5s. Turut hadir PP Marzuki Azmi Bin Bidi, PP Fayrouz Bin Ahmad Zawawi serta AJK Pemandu 5S Penjara Kajang. Panel Audit Persijilan Semula 5s MPC berpuashati dan mengesyorkan Persijilan Semula 5S Penjara Kajang Kali Ke-3.
""