16 Oktober 2013, Penjara Reman Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Majlis Korban yang diadakan di perkarangan rumah pegawai kanan Penjara Reman Pulau Pinang. Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan pada majlis tersebut. Turut serta pada majlis tersebut ialah PKP Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Selepas selesainya majlis korban, diadakan majlis bacaan tahlil dan kenduri untuk keluarga dan kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang.
""