31 Oktober 2013. Bersempena sambutan Hari Penjara Ke-206, Penjara Sungai Udang telah diberikan tanggungjawab untuk mengelolakan Majlis Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Penjara Dari Kacamata Islam", "Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Penjara" oleh penceramah undangan iaitu Ustaz Don Danial dan Ustaz Harianto bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Sungai Udang. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah serta bacaan tahlil dan yassin. Tetamu kehormat pada majlis tersebut terdiri daripada YAB Datuk Seri Ir Hj Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YBhg KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia. Pada majlis tersebut turut diadakan rakaman Program Cinta Ilmu yang dibawa untuk siaran oleh TV Al-Hijrah.
""