Penjara Pusat Sibu dengan kerjasama Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menganjurkan Perkhemahan Tahunan Kadet Koreksional Negeri Sarawak Tahun 2013 pada 24 hingga 27 Oktober 2013 bertempat di Politeknik Mukah, Sarawak. Perkhemahan ini telah dihadiri seramai 133 orang ahli kadet daripada SMK Muara Tuang, Kuching, SMK Bandar baru Samariang, Kuching, SMK St. Luke, Sri Aman, SMK Riam, Miri dan SMK Kubong, Limbang. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memilih pasukan yang akan mewakili Negeri Sarawak ke Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 nanti. Berikut adalah keputusan pertandingan yang telah diadakan:-
1. Pertandingan Kawad Kaki
a) Kawad Kaki Berpasukan
Johan ? SMK Riam, Miri
Naib Johan ? SMK Muara Tuang, Kuching.
Tempat Ketiga ? SMK Methodist, Sibu.
b) Johan Kawad Kaki Individu Lelaki
- Cheah Wai Fong ( SMK Riam, Miri )
c) Johan Kawad Kaki Individu Wanita
- Brenda Chan Sien Jia ( SMK Bandar baru Samariang )
2. Pertandingan Sentap
Johan ? SMK Riam, Miri
Naib Johan ? SMK Muara Tuang, Kuching
Tempat Ketiga ? SMK Bandar Baru Samariang, Kuching.
3. Latihan Dalam Kumpulan
Johan ? SMK Muara Tuang, Kuching
Naib Johan ? SMK Kubong, Limbang.
Tempat Ketiga ? SMK Riam, Miri.
4. Perserta Terbaik Lelaki : Mohd Adam Bin Radjeman dari SMK Methodist, Sibu.
5. Peserta Terbaik Wanita : Elia Magdelena Anak Thomas Juan dari SMK Muara Tuang, Kuching.
6. Johan Keseluruhan Perkhemahan Kadet Koreksional 2013 dimenangi oleh SMK Muara Tuang, Kuching. Naib Johan pula dimenangi oleh SMK Riam, Miri dan tempat ketiga adalah dari SMK Bandar Baru Samariang, Kuching.
Majlis penyampaian hadiah dan penutupan perkhemahan telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Abd. Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah PP Haji Mohd Farid bin Haji Kassim, Pengarah Penjara Pusat Sibu merangkap Pengerusi Pengelola Perkhemahan Kadet Koreksional 2013, Encik Norman bin Suhaili, Penyelia Kumpulan Pasukan Badan Beruniform Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Tuan Haji Abd Aziz bin Talib, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik, Mukah, Pengetua sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan, Ketua-ketua Institusi Penjara Sarawak dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak.
""