Pada 1 November 2013, Penjara Sungai Petani telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Kali Ke-206 bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis telah dihadiri oleh PKP Mohd Muslih bin Mahmud, Pengarah Penjara Sungai Petani yang juga telah sudi menyempurnakan pemakaian pingat dan sijil-sijil penghargaan kepada (58) penerima. Sempena sambutan ini juga turut diadakan penyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Latihan Menembak di Kem Hobart Gurun, Kedah.
""