| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Penjara Peringkat Penjara Alor Setar, Kedah

Sambutan Hari Penjara ke 206 bertemakan "Transformasi Berjaya, Masyarakat Sejahtera" peringkat Penjara Alor Setar telah diadakan pada 1 November 2013. Majlis telah disempurnakan oleh PKP Abu Hasan bin Hussain,  Pengarah Penjara Alor Setar.


Majlis sambutan dimulakan dengan perbarisan kakitangan yang melibatkan seramai 210 orang kakitangan pelbagai pangkat di perkarangan Penjara Alor Setar. Dalam majlis tersebut  seramai 68 orang penerima pingat dan sijil jabatan iaitu Pingat Perkhidmatan Am (PPA) 27 orang, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) 3 orang, Pingat Setia Penjara (PSP) 2 orang, Pingat Cemerlang Penjara (PCP) 2 orang, Pingat Pekerti Penjara (PPP) 6 orang, Pingat Bakti Penjara (PBP) 7 orang, Pingat Am Penjara (PAP) 14 orang, Sijil Kepujian Tertinggi Riben Merah 1 orang, Sijil Kepujian Riben Hijau 3 orang dan Sijil Penghargaan  3 orang. Di samping itu, seramai 4 orang kakitangan telah terpilih untuk menerima Anugerah Personaliti Bulanan kerana menunjukkan prestasi dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas seharian. Selain itu, PKP Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Alor Setar telah membacakan perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia  sempena Hari Penjara kepada semua kakitangan.


Pengisian sempena sambutan Hari Penjara ialah program ceramah yang bertajuk "Kerjaya Satu Amanah" oleh Encik Abdul Latif bin Hat, Kaunselor dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria, Sungai Petani. Pada sebelah petang pula diadakan program gotong royong di sekitar kawasan Surau Kakitangan dan sekitar Kuarters Kakitangan.

 

""