Sambutan Hari Penjara Ke-206 Kompleks Penjara Seberang Perai bermula pada 31 Oktober 2013 dengan acara solat maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat. Pada 1 November 2013 bertempat di Dataran Kompleks Penjara Seberang Perai berlansungnya susunatur majlis dengan pemakaian pangkat, sijil penghargaan dan perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang disampaikan oleh PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai. Majlis diteruskan dengan pelupusan artikel larangan, Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan. Majlis diindahkan dengan program Bicara Ilmu "Mukmin Profesional Berjiwa Akhirat" oleh YBhg. Ustaz Drs. Ahmad Termizi bin Abdul Razak Al-Jangkaji. Selepas solat Jumaat majlis diteruskan dengan ?Kenduri Rakyat? dan pada sebelah petang 4 acara sukan dipertandingkan iaitu Perlawanan Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Petanque yang melibatkan pelbagai agensi dan masyarakat setempat.
""