Beberapa acara telah disusunatur sempena Sambutan Hari Penjara Ke 206 Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis. Antara aktiviti yang diadakan adalah majlis bacaan yassin dan solat hajat yang telah diadakan di Rumah Perantaraan Negeri Perlis pada malam 31 Oktober 2013. Aktiviti sambutan seterusnya telah diadakan pada 1 November 2013 dengan majlis perbarisan, penyampaian pingat kepada anggota dan bacaan teks ucapan Ketua Pengarah Penjara Malaysia oleh Pengarah Parol Negeri Perlis. Majlis diteruskan dengan program khidmat komuniti bersama ODP dan pesalah PKW di Rumah Sejahtera Baitul Hannan di Bohor Mali, Perlis. Aktiviti yang diadakan adalah program gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.
""