1 November 2013 : Sempena Sambutan Hari Penjara Ke 206 pada tahun ini yang bertemakan "Tranformasi Berjaya, Masyarakat Sejahtera" Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah telah mengadakan beberapa program sebagai pengisian sambutan. Pada 31 Oktober 2013 jam 06.45 malam, telah berlangsung majlis bacaan Yaasin dan Tahlil bertempat di Surau penghuni Pusat Pemasyarakatan Kem Sultan Abdul Halim dihadiri anggota parol serta anggota Pusat Pemasyarakatan Kem Sultan Abdul Halim. Pada 1 November 2013 Perhimpunan Sambutan Hari Penjara Ke 206 telah diadakan di perkarangan Wisma Persekutuan yang dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, perutusan YBhg. Dato' Sri KJP, penyampaian pingat dan sijil. PP Sabu bin Hassan, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah turut menyampaikan sijil penghargaan pegawai meninggal dunia dalam perkhidmatan Gemulah kepada isteri Allahyarham WP Mohd Khairul Azahar bin Johari. Pada sebelah petang, seramai 150 peserta telah menjayakan program gotong-royong perdana yang disertai anggota parol, anggota Pusat Pemasyarakatan Kem Sultan Abdul Halim bersama masyarakat sekitar Anak Bukit membersihkan Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Intan Syafinaz dan Masjid Tunku Intan Syafinaz Anak Bukit yang dijadikan anak angkat bagi Parol Negeri Kedah.
""