7 November 2013, Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Sempena Hari Penjara Ke 206 bertempat di Perkarangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh PP Arzaee bin Abdullah, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney dan turut membaca perutusan Yang Berbahagia Komisioner Jeneral Penjara. Pada Majlis tersebut seramai 106 orang kakitangan pelbagai pangkat telah menerima pingat dan sijil penghargaan Jabatan.
""