4 November 2013 (Isnin), Sambutan Hari Penjara Ke-206 Peringkat Institusi Penjara Seremban, Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan Parol Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Wawasan, Penjara Seremban. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Bakti Setia dan diikuti dengan bacaan Ikrar Jabatan. PKP Hafidz bin Othman turut membacakan teks ucapan Y. Bhg Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat-pingat dan sijil kepada 80 orang anggota pelbagai pangkat.
""