Pada 30 Oktober 2013 Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah mengadakan majlis bacaan Yaasin, doa selamat, tahlil serta ceramah agama sempena Sambutan Hari Penjara Ke 206 bertempat di Surau Solihin, Matambai. Manakala Perhimpunan sempena sambutan Hari Penjara Ke-206 pula diadakan pada 4 November 2013 bertempat di Perkarangan Penjara Pusat Kota Kinabalu. TKPj Ab Basir Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah turut membacakan perutusan khas daripada Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan seterusnya menyampaikan pingat dan sijil penghargaan kepada 93 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Aturcara lain pada hari tersebut adalah program derma darah dan ceramah kesihatan . Pada sebelah petang pula diadakan acara sukaneka melibatkan semua kakitangan daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Parol Negeri Sabah dan Ibu Pejabat Penjara Sabah.
""