Pada 26 Oktober 2013 (Sabtu), seramai 55 orang peserta rombongan dari Mahkamah Negeri Selangor hadir sewaktu sesi taklimat berhubung Pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib. Rombongan tersebut diketuai oleh YBhg Datuk Noradidah Binti Ahmad, Hakim Mahkamah Seksyen Shah Alam serta 54 orang Hakim, Majistret dan Pendaftar Mahkamah di seluruh Negeri Selangor. Taklimat berkenaan Pelaksanaan Perintah Kehadiran Wajib disampaikan oleh TKPj Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM manakala taklimat Program Pemulihan disampaikan oleh TPP Mohd Asri bin Ali. Selesai sesi taklimat, peserta dibawa ke Galeri Penjara bagi melihat produk yang dihasilkan oleh penghuni penjara dan seterusnya dibawa meninjau aktiviti penghuni di Penjara Wanita Kajang dan Penjara Kajang. Turut hadir sewaktu sesi taklimat dan lawatan tersebut ialah PP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Selangor, PP Muhammad Asri bin Sabu, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sembilan, Pegawai-Pegawai Kanan Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang serta Pegawai Parol Daerah Negeri Selangor. Selesai lawatan, peserta rombongan disajikan dengan jamuan makan tengahari di Dewan Serbaguna Masjid Kompleks Penjara Kajang dan diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua agensi.
""