AYER KEROH - 07 November 2013 Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke-206. Majlis penuh bermakna ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan PP Zalina Binti Mohd Yunus (Pengarah Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka), PP Noratimah Binti Abu Bakar (Pengarah Muzium Jabatan Penjara Malaysia ) dan seterusnya PKP Mohamed Bin Musa (Pengarah Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad) disusuli dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Bakti Setia dan Bacaan Ikrar Jabatan. Tuan Pengarah telah membacakan teks ucapan dari Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat dan sijil kepada13 orang kakitangan Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, 04 orang kakitangan Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Melaka dan 05 orang kakitangan Muzium Penjara Melaka. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama penerima pingat dan sijil penghargaan.
""