| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke?206 Penjara Pusat Miri

Pada 01 November 2013, Penjara Pusat Miri telah mengadakan sambutan hari Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke -206 di Dewan Serbaguna Penjara Pusat Miri dengan tema "Transformasi Berjaya, Masyarakat Sejahtera". Majlis berlangsung pada jam 7.45 pagi dengan dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, kakitangan Penjara Miri dan Pusat Koreksional Bintulu, serta Ketua Agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Bahagian Miri. Upacara dimulakan dengan nyayian Lagu Negaraku, Kualiti Teras Kejayaan serta Bakti Setia dan bacaan ikrar jabatan, seterusnya bacaan perutusan sambutan hari penjara Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang disampaikan oleh, Yag Setia PKP Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Pusat Miri. Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat, anugerah dan sijil penghargaan kepada 83 orang pegawai lain-lain pangkat dan juga penyerahan Anugerah Piala Kadet Koreksional kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Riam,Miri kerana telah berjaya merangkul pelbagai kejohanan disepanjang tahun 2012 dan 2013. Aktiviti lain yang dijalankan termasuklah acara Gotong Royong Perdana dijalankan dikawasan perumahan kakitangan, serta lawatan muhibah ke rumah pesara dan balu mendiang IPJunidi ak Sli.

 

""