9 November 2013, Sekolah Integriti Kajang telah berlangsung Program Sehari Bersama Banduan Muda anjuran Persatuan Siswazah Wanita Malaysia dan UiTM di bawah kelolaan Fakulti Komunikasi Massa.
Pengisian program ialah ceramah motivasi oleh YA Hakim, Dato' Muhamad Redzuan Abdullah, sukaneka dan juga ujibakat yang telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 36 orang pelajar Komunikasi Media Massa menjadi fasilitator program dan program ini telah mendapat liputan media untuk siaran RTM 1.
Antara yang turut hadir pada pelancaran program adalah Timbalan Pengarah Penjara Kajang, PKP Husin bin Hj. Johari, Presiden Persatuan Siswazah Malaysia, Datin Fauziah Mohd Ramly serta Timbalan Komandan Sekolah Integriti Kajang PPP Ibrahim bin Jaffar.
""