Bukit Besi, Dungun - 14 November 2013 Pusat Koreksional Dungun, Terengganu telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke-206. Majlis penuh bermakna ini bermula pada jam 7.30 pagi dengan ketibaan PKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Pusat Koreksional Dungun ) serta Dif-dif jemputan agensi kerajaan dan swasta sekitar kawasan Bukit Besi, Dungun.Susun atur Majlis kemudian diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Bakti Setia dan Ikrar Jabatan. Yang Setia Pengarah Pusat Koreksional Dungun telah membacakan Perutusan sempena Hari Penjara dari Y. Bhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan menyampaikan pingat dan sijil penghargaan kepada 35 kakitangan Pusat Koreksional Dungun, Terengganu dan disusuli dengan ceramah motivasi kepada kakitangan. Pelbagai acara sukan dan sukaneka dipertandingkan sempena Sambutan Hari Penjara ke 206. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama penerima pingat dan sijil penghargaan.
""