15 November 2013, Sempena Sambutan Hari Asyura 1435H, Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah mengadakan Program Khidmat Komuniti Pesalah PKW, Bekas ODP Bersama NGO dan Majikan. Antara aktiviti yang diadakan ialah tazkirah ringkas amalan mulia di bulan Muharram, gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran dan memasak bubur asyura. Program ini diadakan bagi tujuan mengintegrasikan pesalah PKW dan bekas ODP dalam masyarakat selain dapat menjalinkan hubungan erat di antara Pejabat Parol Negeri Perlis bersama NGO dan majikan.
""