Kompleks Penjara Seberang Perai telah menjadi tuanrumah kepada Kejohanan Ping Pong Piala KJP Tahun 2013 yang telah berlangsung dari 8 hingga 10 November 2013. Perlawanan berlansung di Dewan Kelab Kompleks Penjara Seberang Perai dan Dewan Kompleks Rakan Muda Seberang Perai Selatan. Penyertaan terdiri daripada 19 kontijen berpasukan, bergu VIP 10, beregu lelaki 56, perseorangan wanita 16, perseorangan lelaki 63 dan perseorangan EXPOAM 4.
Pasangan beregu Komisioner Jeneral Penjara, Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar dan TPP Mohd Halim bin Ibrahim telah menjadi juara bagi kategori Beregu VIP , Johan bagi kategori perseorangan lelaki Mohd Salim bin Sajak (Negeri Sembilan), Johan kategori perseorangan wanita Zuraidah binti Zakaria(Johor B), kategori beregu lelaki terbuka johan milik Mazlan bin Hanafiah dan Rosly bin Ibrahim (Perak A), manakala johan bagi kategori berpasukan dimenangi oleh pasukan Selangor C dan dan johan bagi kategori EXPOAM dimenangi oleh Kamaruzaman bin Jamaludin (Kedah A).
Majlis penutupan Kejohanan Ping Pong Piala KJP Tahun 2013 disempurnakan oleh Encik Mat Hassan bin Mat Esa mewakili Komisioner Jeneral Penjara, Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia . Dengan adanya penyertaan yang memberansangkan serta sokongan yang berterusan akan memberi peluang kepada anggota sama ada yang baru dan lama berganding bahu mengembangkan bakat dalam suasana yang muhibbah dan penuh semangat kesukanan.
""