Pada 6 dan 7 November 2013, institusi Penjara Pokok Sena telah menerima lawatan sambil belajar daripada pelatih Kursus Tentera Udara Diraja Malaysia yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Rombongan terdiri daripada 85 orang pelatih bersama pegawai pengiring telah diberi taklimat pengenalan mengenai Jabatan Penjara Malaysia dan fungsi jabatan oleh KIP Mohd Nurul Adha. Seterusnya pelatih-pelatih tersebut dibawa melawat bengkel-bengkel dan kawasan sekitar Penjara Pokok Sena.
""