2 November 2013, Penjara Pokok Sena telah menerima kunjungan daripada Yang Teramat Mulia Dato' Seri DiRaja Tunku Soraya Binti Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama wakil daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir bagi menyambut kedatangan Yang Teramat Mulia Tunku dan anggota rombongan adalah PKK Zainah binti Haji Pardi dari Seksyen Rawatan Khas, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Yang Teramat Mulia Tunku dan anggota rombongan telah diberikan taklimat oleh PKP Faridon bin Md Saad, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena dan kemudiannya dibawa melawat ke bengkel batik dan bengkel pastri bagi melihat dengan lebih dekat proses menghasilkan batik merbok dan produk makanan oleh para penghuni Penjara Pokok Sena. Pada sesi lawatan tersebut Yang Teramat Mulia Tunku turut berkesempatan untuk mencanting batik dan merasa sendiri kuih muih dan kek yang dihasilkan di Penjara Pokok Sena.
""