| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sambil Belajar Jabatan Penjara Malaysia Ke Lembaga Pemasyarakatan Makassar, Indonesia

Pada 10 hingga 13 November  2013, Seksyen Vokasional dan Industri  telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Lembaga Pemasyarakatan Klas I ( LAPAS ) Makassar, Indonesia. Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia beserta 40 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.


Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Makassar telah disambut oleh Bp F.Haru Tamtomo, Kepala Kantor Wilayah Kementerian Hukum dan HAM Sulawesi Selatan, Bp. Drs. Junaidi, Kepala Divisi Pemasyarakatan beserta Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Penjara Makassar. Objektif lawatan ini bertujuan untuk memberi dimensi baru dalam perusahaan tenun Jabatan Penjara Malaysia serta pendedahan kepada pegawai unit Vokasional dan Industri bagi meningkatkan penghasilan produk tenun yang  berkualiti tinggi dan lebih berdayasaing di pasaran. 


Sepanjang lawatan rombongan telah di bawa melawat ke beberapa tempat tarikan di Makassar antaranya perkampungan perusahaan Kerajinan Tenun di Wadjoo, Lawatan bersejarah di Muzium Fort Rotterdam dan Pusat jualan kaftan di MTC Karebosi.

 

""