| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-206 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu

04 Nov 2013 (Isnin) - Majlis Sambutan Hari  Penjara Ke-206 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu telah diadakan bermula seawal jam 0630 pagi bertempat di Perkarangan Penjara Pusat Kota Kinabalu yang telah dihadiri oleh  TKPj Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah, PKK Suria bin Hj Idris, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Nora binti Musa, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu dan PP Maidin bin Hj Din Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah serta lebih kurang 200 orang kakitangan penjara. Turut hadir  pada majlis tersebut adalah jemputan daripada PDRM, AADK dan JPAM.


Seramai 125 orang pegawai dan kakitangan telah diberikan pingat dan sijil penghargaan yang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah. Program pada pagi tersebut diteruskan dengan ceramah kesihatan bertajuk " Amalan Pemakanan Sihat" yang disampaikan oleh Puan Nor Wahida binti Shamsuddin daripada Unit Dietation Hospital Queen Elizabeth dan disusuli program derma darah dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.


Pada sebelah petang pula diadakan aktiviti sukaneka iaitu Sukaneka Jalinan Kasih, Sukan Golf (Tee Off), Pertandingan Futsal Beragam Lelaki dan Wanita serta Pertandingan Boling Padang menggunakan buah kelapa. Acara kemuncak pada hari tersebut diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan sendiri oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah.

 

""