| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Sempena Hari Penjara Ke 206 Institusi Penjara Kajang

7 November 2013,  Penjara Kajang  telah mengadakan Majlis Sambutan Sempena Hari Penjara Ke 206 bertempat di Dewan Kelab Penjara Kajang. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh YS KPj Hj Abd Wahab bin Hj Kassim,  Pengarah Penjara Kajang dan turut membaca perutusan YBhg. Komisioner Jeneral Penjara. Pada Majlis tersebut turut diadakan pemakaian pangkat kepada (1)  Timbalan Penguasa, (4) Inspektor yang telah disahkan jawatan serta (134)  orang kakitangan pelbagai pangkat  menerima pingat dan sijil penghargaan Jabatan daripada jumlah keseluruhan 256 orang penerima.


Majlis diteruskan pada sebelah malam dengan mengadakan Ceramah Perdana sempena sambutan tersebut dan Program Maal Hijrah dengan mengundang YBhg Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim untuk memberikan ceramah.

 

""