Sambutan Hari Penjara Malaysia Ke-206 Tahun peringkat Penjara Sandakan telah diadakan pada 04.11.2013 ( Isnin ) dan bertemakan "TRANFORMASI BERJAYA, MASYARAKAT SEJAHTERA" . Majlis ini telah disempurnakan oleh PKP Sazali Bin Ismail, Pengarah Penjara Sandakan. Pada masa yang sama sambutan Hari Kualiti juga dijalankan di institusi ini, antara program yang dijalankan ialah penyampaian pingat kepada seramai 65 orang pegawai termasuk Sijil Penghargaan kepada Badan-Badan NGO & Orang Perseorangan, kempen derma darah kakitangan bersama Hospital Duchess of Kent( H.D.O.K) Sandakan, aktiviti senamrobik, dan perlawanan akhir bola sepak di antara pegawa Institusi Penjara Sandakan.
""