12 November 2103, PSB Bikerz di bawah Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Sungai Buloh telah menganjurkan konvoi amal bermotosikal ke penempatan orang asli di Pos Betau, Kuala Lipis Pahang. Program yang dianjurkan bagi meraikan sambutan Hari Penjara Ke 206 dengan membawa tema kemasyarakatan ?We Care Community Care? . Konvoi yang disertai oleh seramai 50 anggota dan kakitangan dilepaskan oleh Tuan Narander Singh, Pengarah Penjara Sungai Buloh. Antara program dan aktiviti yang dilakukan ialah Pameran Jabatan Penjara Malaysia, gotong-royong bersama penduduk orang asli, penyampaian sumbangan dan persembahan kebudayaan.
""