Jelebu - 13 November 2013 (Rabu) Tabika KEMAS institusi ini telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil dan Sukan Kanak-Kanak Tabika KEMAS Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu bagi Tahun 2013. Sukan kanak-kanak yang diadakan pada sebelah pagi telah berlangsung dalam suasana ceria melibatkan juga penyertaan ibubapa dalam beberapa acara yang dipertandingkan. Manakala pada sebelah petangnya pula diadakan Majlis Penyampaian Sijil kanak-Kanak yang disempurnakan oleh YB. Tn. Hj. Zainuddin b. Hj. Ismail, Ahli Parlimen Jelebu, PP Amer Shariffudin b. Mat Noor, Menanggung Tugas Pengarah IPD, Jelebu, En. Aswandi b. Abd Hatim Penyelia Perhubungan DUN Chennah, KIP Roslan b. Abd. Rahman, Pengerusi Tabika, serta Ibubapa. Majlis dimulakan dengan persembahan Nasyid dan Dikir Barat oleh kanak-kanak. YB. Tn. Hj. Zainuddin b. Hj. Ismail telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menyampaikan sijil serta cenderahati kepada semua kanak-kanak Tabika. Majis yang berlangsung dalam suasana meriah ini berakhir pada jam 5.00 petang.
""