9 November 2013, Program Jalinan Kasih berkonsepkan Kongsi Raya telah diadakan bertempat di Bahagian Rawatan Dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Seramai 30 orang banduan telah menyertai program ini. Ketibaan ahli keluarga telah disambut dengan paluan kompang dan gendang tarian India oleh penghuni dan juga ahli Persatuan Hindu Sanggam Kajang. Majlis turut dihadiri oleh Penguasa Penjara Fayrouz Bin Ahmad Zawawi.
""