| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Negeri Sarawak Tahun 2013

Pada 12 November 2013 telah diadakan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia (Negeri Sarawak) bertempat di Mega Hotel, Miri yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak termasuklah TKPj. Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Pusat Miri  dan  PKP Charin Promwichit a/l Chem, Pengarah Penjara Limbang. Seramai (13) orang penerima pingat dari institusi Penjara Negeri Sarawak iaitu, (9) orang dari Penjara Pusat Miri, (2) orang dari Penjara Limbang dan (2) orang dari Pusat Koreksional Bintulu. Diharapkan agar penganugerahan tersebut akan menjadi pemangkin dan anjakan paradigma ke arah meningkatkan lagi mutu dan hasil kerja di dalam perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa depan.

 

""