Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang telah mencemar duli melawat ke Penjara Wanita Kajang pada 20 November 2013. Keberangkatan baginda telah disambut oleh TKSU Kementerian Dalam Negeri dan Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara. Baginda telah di persembahkan taklimat oleh Pengarah Penjara Wanita Kajang sebelum di persembahkan dengan demonstrasi sebat rotan dan melawat ke bengkel-bengkel di Penjara Wanita Kajang. Mengakhiri lawatan baginda berkenan menghadiri jamuan santapan tengahari dan di hiburkan dengan persembahan dari Kombo Jabatan Penjara dan penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.
""