Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan amat berbesar hati menerima lawatan rasmi dari YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara bersama Y.Bhg. Datin Sri Hajah Noraini bt Hj. Man pada 28 April 2013 (Ahad). Turut mengiringi ialah Puan Salma binti Sulaiman, Pengarah Bahagian Kewangan, Y.Bhg. Dato' Mohd Sakeri bin Hj. Dollah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan Seksyen Vokasional dan Industri, PKK Ariffin bin Mohd, Bahagian Dasar Kepenjaraan, PKP Husin Bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PP Mat Bin Yaacob, Pengarah Parol Negeri Kelantan.
Ketibaan Y.Bhg. KJP Dato' Sri dan Datin Sri pada jam 12.20 tengahari di Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah disambut oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang dan Isteri serta Pegawai- Pegawai Kanan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan.
Aturcara lawatan dimulakan dengan upacara penanaman pokok sempena Program Penanaman Sejuta Pokok, KDN yang telah disempurnakan oleh Y.Bhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Puan Salma Binti Sulaiman dan Y.Bhg. Dato' Mohd Sakeri bin Hj. Dollah. Rombongan telah dibawa melawat bengkel-bengkel vokasional dan industri termasuk Bengkel Kraftangan, Bengkel Batik, Bengkel Jahit, Bengkel Dobi dan kebun sayur.
""