Jabatan Penjara Malaysia amat berbesar hati menerima lawatan kerja seramai empat orang delegasi daripada Jabatan Penjara Negara Brunei Darussalam pada 29 April hingga 3 Mei 2013. Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Tuan Awang Haji Ismail bin Haji Murat Pemangku Pengarah Penjara Negara Brunei. Tujuan lawatan adalah bagi mengadakan perbincangan dua hala berhubung program pemulihan dan aftercare. Kunjungan hormat ke pejabat Komisioner Jeneral Penjara telah diadakan pada 30 April 2013 disusuli dengan taklimat jabatan yang diketuai oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen di Bilik Persidangan, Bukit Wira.
""