Pada 26 sehingga 27 April 2013 Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama peserta kursus Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dari Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia telah menganjurkan program kesedaran integriti bertempat di Rumah Perantaraan WPKL. Program komuniti ini merupakan aktiviti di bawah Corporate Social Responsibility (CSR) bertujuan untuk memberi kesedaran integriti kepada Orang Di Parol (ODP), Residen RP, PKW, majikan ODP, keluarga dan komuniti setempat. Sepanjang program tersebut sebanyak tiga ceramah integriti telah diadakan berserta sesi soalselidik dan temuramah serta diakhiri dengan acara sukaneka yang berkonsep re-integrasi masyarakat dan banduan serta residen.
""