Pada 2 Mei 2013 Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang Ke Negeri Johor.
Ketibaan beliau pada jam 12.30 tengahari di Pusat Koreksional Johor Bahru telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Penjara ( Keselamatan dan Koreksional ) Y. Bhg. Dato' Hj. Hassan bin Sakimon, Pengarah Penjara Simpang Renggam TKPj. Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Reman Johor Bahru PKP Md Din bin Mamat serta pegawai-pegawai kanan penjara. Turut hadir dalam program tersebut adalah Y.Bhg. Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim Timbalan Ketua Setiausaha Kanan ( Keselamatan ) Kementerian Dalam Negeri.
Program lawatan bermula dengan sesi taklimat Projek Pusat Koreksional Johor Bahru Fasa 11 dari Jabatan Kerja Raya Cawangan Kerja Keselamatan Unit Pengurusan KDN & Projek Khas Kuala Lumpur. Y.Bhg. Dato' Sri KSU kemudiannya di bawa melawat ke dalam penjara. Program lawatan pada hari tersebut diakhiri dengan majlis makan tengahari bersama Y.Bhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi.
""